Shuib Dedah Penyakit Siti Sarah Yg Sebenar Pasti Buat Ramai Peminatnya SEDIH...
Seperti yang semua ketahui, semalam penyanyi ‘Saat Hilang Cintamu’, Siti Sarah telah dikejarkan ke hospital dan jika dilihat pada gambar yang dimuat naik oleh suaminya, Shuib Sepah keadaan Siti Sarah boleh dianggap serius sehingga dimasukkan ke ‘red zone’ di hospital itu.
Ada khabar angina mengatakan keadaan Sarah menjadi seperti itu kerana diet terlampau. Namun, suaminya, Shuib Sepah menafikan dakwaan itu dan mengatakan Sarah dimasukkan ke hospital kerana gastrik dan sesak nafas.
Jelas Shuib, sebelum ini Sarah pernah juga terkena gastrik dan sesak nafas seperti itu tetapi yang Sarah kena semalam paling teruk sehingga dia sendiri berasa takut melihat keadaan isterinya yang lemah seperti itu.
Betul juga, suami mana yang tidak akan berasa risau jika lihat keadaan isteri mereka seperti itu. Tambahan pula, doktor pula katakan yang jika terlambat bawa ke hospital sesuatu yang buruk boleh berlaku, pasti bertambah-tambah lagi rasa bimbang Shuib.
Apapun, sudah pasti yang punca Sarah dimasukkan ke hospital bukan disebabkan oleh diet terlampau seperti yang orang katakan, tak akan lah Sarah sanggup lakukan diet yang berbahaya seperti itu, pasti Sarah ada trainer sendiri yang akan membantu mengawal dietnya.
Malah, Sarah juga telah dibenarkan pulang ke rumah, jadi, pasti keadaan Siti Sarah sudah tidak seteruk semalam, sama-samalah kita doakan semoga Sarah segera pulih seperti sedia kala
No comments:
Post a Comment