Dah Agak Dah..Rupanya Ini Punca Sebenar Syura Tersingkir Pada Peringkat Separuh Akhir Gegar Vaganza..
KUALA LUMPUR: Penyanyi Syura mendapat markah terendah menyebabkan dia tersingkir pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim keempat yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, Ahad.
Penyingkiran itu sekaligus melayakkan Hazami, Firman, Tia Jinbara, Aishah, Liza Hanim dan Lan ke pentas akhir yang akan diadakan di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor.
Kesemua peserta diadili oleh dua juri profesional iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan Datuk Wah Idris tampil sebagai juri jemputan.
GV4 minggu ketujuh bertemakan Goyang Kaki dan Runut Bunyi (OST). Ia dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Sementara itu, Datuk Seri Shah Rezza, Ebby Saiful dan Isma Aliff tampil sebagai artis jemputan.
GV4 disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dalam perkembangan lain, Astro menerusi satu kenyataan memberitahu akan menawarkan pengalaman menonton GV4 peringkat akhir GV4 secara langsung dalam sudut tontonan VR360.
VR360 itu membolehkan penonton yang mempunyai gajet menyokong sistem ini merasai pengalaman menonton dengan lebih nyata dan jelas pada setiap situasi di pentas.
Juara Gegar Vaganza musim keempat ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara.
Tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
No comments:
Post a Comment