Friday, December 8, 2017

“Di Tuduh Terima Abam Kerana Harta dan Populariti” - Ini Komen Paling Win Dari Isteri Abam Bocey

“Di Tuduh Terima Abam Kerana Harta dan Populariti” - Ini Komen Paling Win Dari  Isteri Abam Bocey

ISTERI kepada Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali menyangkal tuduhan bahawa dia menerima lamaran pelawak tersebut kerana harta dan populariti.

Hidayah, 25, berkata dia menerima Abam sebagai suami kerana sifat peramah lelaki tersebut yang dikenali sejak empat tahun lalu.

"Saya setuju berkahwin dengan Abam sebab dia seorang yang peramah dan merendah diri. Sikap bertanggungjawab dia turut memikat hati.

"Kalau orang kata saya pilih Abam sebab harta dan populariti, saya menafikan tentang hal itu. Saya dah kenal Abam empat tahun lalu.

Abam terpikat dengan kejujuran Hidayah sepanjang perkenalan mereka.

"Inilah dikatakan jodoh dan mohon orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk kami," katanya kepada mStar Online.

Hidayah ditemui selepas majlis pernikahan mereka yang berlangsung di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam, Selangor pada Jumaat.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, bergelar suami dengan sekali lafaz.

Abam sudah mengenali Hidayah hampir empat tahun.

Sementara itu, Abam mengakui terasa hati dengan komen negatif yang dilemparkan netizen terhadap isterinya itu.

Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu ambil pusing dengan kata-kata tersebut.

"Sejujurnya, terasa hati juga bila dengar orang kata begitu. Tapi tak apalah, biarlah orang nak cakap apa pun.

Abam dan Hidayah mahu ramai anak.

"Lebih ramai yang menyokong perkahwinan saya ini berbanding yang berkata buruk. Jadi saya fikir tak perlulah nak ambil kisah sangat tentang hal itu.

"Yang penting hubungan ini direstui keluarga dan doakan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat," ujarnya.

Sementara itu, majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan hari ini di Sabak Bernam dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

No comments:

Post a Comment