‘Jantan Dayus Tak Reti Ajar Isteri’ – Tampil Seksi Di Tayangan Ayat-Ayat Cinta 2, Fattzura Dikecam
Baru-baru ini Fazura telah terbang ke Indonesia untuk mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Ayat-Ayat Cinta 2. Filem romantis ini bakal ditayangkan di Indonesia pada 21 December manakala di Malaysia, Brunei dan Singapore pada Januari tahun hadapan. Tak sabar rasanya nak lihat lakonan mantap gandingan pelakon tersohor Indonesia & Malaysia ini kan?
Sebagai seorang suami, Fattah Amin nampaknya turut hadir memeriahkan majlis. Wah bukan main sweet lagi pasangan pengantin baru ini. Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian Fazura yang dikatakan kurang sesuai dan seksi.
Sweetnya pengantin baru!
Pada malam Gala Premiere Ayat-Ayat Cinta 2, Fazura telah tampil cantik berbusana hitam paras lutut. Mungkin kerana bahagian kaki yang terdedah sehingga menampakkan lutut, netizen bertindak mengecam Fazura. Fattah Amin turut menerima tempias dimana netizen mendakwa dia seorang suami yang dayus.
Dikecam netizen
Di ruangan komen pasangan ini dihujani pelbagai kritikan, namun ada juga yang menasihati netizen supaya tidak terlalu awal menghukum. Doakan yang terbaik buat pasangan ini, mana tahu esok lusa Fazura berhijab kan.
No comments:
Post a Comment