Friday, December 15, 2017

‘Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!’ – Suami berang dan tengking isteri kerana dicaj RM275 untuk beli barang keperluan

‘Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!’ – Suami berang dan tengking isteri kerana dicaj RM275 untuk beli barang keperluan

Malang nasib seorang isteri apabila dia ditengking suaminya di hadapan orang ramai gara-gara barangan keperluan rumah yang diambil melebihi bajet si suami. Bukan saja diaibkan, malah ditinggalkan pula si isteri dan dua orang anak kecil di kaunter itu dengan duit RM150.

Alangkah zalim dan dayusnya suami yang tidak guna seperti ini. Kasihan si isteri terpaksa menanggung malu. Semoga si suami sedar akan kesilapannya dan bertaubat sebelum terlambat.

ASSALAMUALAIKUM admin. Saya tiada masalah rumah tangga. Cuma nak berkongsi satu kejadian di depan mata.

Begini, tengah hari tadi saya pergi belanja barang dapur di shopping mall The Mines, Serdang. Selepas saya memilih barangan dapur, saya pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ketika sedang menunggu giliran, di depan saya ada satu pasangan suami isteri bersama dengan dua orang anaknya. Seorang masih bayi dan yang seorang lagi anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya.

Saya terkejut apabila juruwang itu kata mereka kena bayar RM275. Saya dengar dengan jelas. Tahu apa jawapan si suami?

“Kau belanja ape je sampai banyak tu, bodoh!” si suami menengking isterinya di depan orang ramai.


Masa insiden itu berlaku, di belakang mereka ada dalam lima orang termasuk saya yang sedang menunggu giliran membuat pembayaran. Saya tengok wajah si isteri merah padam menahan rasa malu.

Selepas itu si suami terus menghulur duit RM150 dan terus pergi tanpa mempedulikan isteri dan dua orang anaknya. Si isteri terus memberitahu juruwang itu yang duitnya tidak cukup untuk membuat pembayaran. Dia letak barang-barang lain dan hanya mengambil beras, pampers, susu dan telur sahaja.

Saya kasihan melihat dia, lalu saya cakap pada dia, “Akak ambil saja, biar saya yang bayar bakinya.” Pada awalnya dia tidak mahu dan kata, “Takpe dik,”. Saya paksa juga dia menerima sebab di belakang ada ramai yang sedang menunggu giliran untuk membuat pembayaran. Dengan rasa berat hati, dia mengambil barang-barang itu semua.


Hati saya rasa sedih melihat insiden yang berlaku di depan mata. Saya tak sampai hati tengok anak-anak dia. Tanpa sedar air mata saya mengalir pada masa itu. Mungkin di dalam hati dia juga menahan kesakitan dan rasa malu dimaki dan ditengking oleh suaminya di depan orang ramai.

Saya nak sampaikan kepada lelaki di luar sana, jangan kau memalukan isteri di depan orang ramai. Jangan kau hina dia. Sebaliknya hargailah isteri kerana nafkah sesungguhnya adalah tanggungjawab suami.

Itu saja yang saya nak kongsikan. Sampai sekarang saya masih teringat akan insiden itu. Alhamdulillah, suami saya baik dan cukup dalam memberi nafkah kepada saya dan anak-anak. Terima kasih min.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Thursday, December 14, 2017

“Kau jaga anak dalam perut tu sudah. Jaga mulut tu sekali” – Giliran Jihan Muse dikecam netizen. Nabil turut beri respon balas

“Kau jaga anak dalam perut tu sudah. Jaga mulut tu sekali” – Giliran Jihan Muse dikecam netizen. Nabil turut beri respon balas


Banyak yang membuat spekulasi bahawa penulisan itu ditujukan kepada Bintang Paling Popular iaitu Fattah Amin yang secara tiba-tiba tidak jadi masuk ke rancangan MeleTOP.

Ini ekoran Jihan menggunakan perkataan ‘hero’ dalam tweet nya itu.

Ini tweet kontroversi dari Jihan Muse:

“Aku ni sarat-sarat pun pergi jugak kerja sebab fikir tanggungjawab. Hero yang tak bertanggungjawab tu jugak yang korang simpan dalam industri. Sebab dia pulak kerja kita disekat? Apalah makin kronik sangat dunia sekarang ni. Kipas bontot dapat apa? Aduhai saleha.


Ternyata tweet dari Jihan ini mendapat respon yang bercampur baur dari orang ramai dan para followernya.

Ada yang meyokong kenyataan Jihan Muse ini dan ada juga yang mengkritiknya.

Namun ada para netizen yang menyelar Jihan Muse sebagai seorang yang suka jaga tepi kain orang.

Ada yang menyuruh Jihan Muse yang sedang sarat mengadung agar menjaga kandungannya sahaja dan juga jaga mulutnya.

Ini antara komen dari orang ramai:

“Sudah lah Jihan, pergi jaga kandungan kau tu, jaga mulut juga. Ingat kau tu mengandung, perhati je perangai kau” – @Fattah Malizi

“Saya nak tanya apa niat tweet sebegini ye?”@prepone_babe

“Saya kecewa dengan sis. Nampaknya anda merupakan “makcik bawang” yang sebenar. Ini nasihat saya, jangan masuk campur urusan, masalah orang lain kalau nak terus berada di industri ini. Sila jaga urusan sendiri”@el_syaaastevie

Memang panas betul tweet Jihan itu. Rakannya Nabil Ahmad turut memberi respon tentang tweet dari Jihan itu, dengan bertanya kepada siapakah penulisan itu ditujukan.

Ini respon Nabil:

“Tapi serius laaa nak tahu kau mengata sape ni nyeeeh

“Ko ngate sape ni nyeeeeeeh

Itulah antara respon kepada tweet Jihan Muse ini. Oleh kerana tweet ini menjadi viral dalam sekelip mata, Jihan telah mengambil pendekatan menutup akses secara public dan membuat akaunnya protected.

Dalam penulisan Jihan Muse itu tidak ditulis ditujukan kepada sesiapa, hanya Jihan yang tahu.

Komen dari orang ramai itu hanyalah spekulasi sahaja.

[GAMBAR & VIDEO] BERITA SEDIH! PENYANYI KUMPULAN IKLIM YAITU SALEEM KINI SEDANG SAKIT TERUK, INILAH KEADAAN TERKINI BELIAU

[GAMBAR & VIDEO] BERITA SEDIH! PENYANYI KUMPULAN IKLIM YAITU SALEEM KINI SEDANG SAKIT TERUK, INILAH KEADAAN TERKINI BELIAU

penyanyi kumpulan iklim yaitu saleem kini sakit teruk. .

amat mengejutkan kerana kita dikabar kan dengan satu berita yang mengata kan saleem dari kumpulan iklim itu kini sakit teruk dan masih dalam rawatan dan masih belum sembuh apa yang menyedih kan kesihatan penyanyi itu makin bertambah teruk

Dan ramai juga sahabat sahabat yang datang untuk melawat penyanyi ini untuk memberi semangat supaya kesihatan beliau cepat sembuh dan boleh bernyanyi kembali seperti biasa. dan ramai juga yang datang untuk memberi kan sumbangan kepada beliau untuk meringan kan beban beliau supaya dapat terus kan rawatan seterusnya


Kerana kos rawatan yang di tanggung beliau itu agak mahal dan beliau tidak mampuh untuk menerus kan rawatan itu jika tampah bantuan rakan rakan seperjuangannya yang datang untuk menghulurkan bantuan. biar pun sumbangan itu tidak sebanyak mana tetapi beliau amat berterima kasih kepada semua rakan rakan yang datang untuk memberikan sumbangan yang ikhlas itu

Mari lah kita sama sama mendoa kan supaya beliau cepat sembuh dan boleh bernyanyi semula. dan segalah urusan beliau agar dipermudah kan

Kalau anda semua nak tau apa cerita seterusnya tentang cerita ini tonton video ini sampai habis supaya anda semua dapat informasi yang sebenar tentang cerita dalam video ini. jom layan.

Wednesday, December 13, 2017

‘Gugur Iman Saya Tengok’ – Berhijab Sepenuhnya, Perubahan Drastik Ardell Aryana Dipuji Netizen

‘Gugur Iman Saya Tengok’ – Berhijab Sepenuhnya, Perubahan Drastik Ardell Aryana Dipuji Netizen

Siapa tidak kenal dengan artis Ardell Aryana yang sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi buruk. Pelakon nama sebenar, Nurul Hidayah ini merupakan seorang model sambilan sebelum menceburi bidang lakonan. Memang cantik orangnya.

Bertambah manis apabila baru-baru ini dia sudah mula memakai hijab. Ramai netizen memuji perubahan pelakon itu. Tak kurang juga ada yang bergetar tulang rusuk. Cantik tak?

Cantiknya!










Tuesday, December 12, 2017

Tak Tahan DI Asak Oleh Wartawan, Akhirnya Fattah Amin Cerita Perkara Sebenar Kenapa Enggan Muncul Di Rancangan Meletop

Tak Tahan DI Asak Oleh Wartawan, Akhirnya Fattah Amin Cerita Perkara Sebenar Kenapa Enggan Muncul Di Rancangan Meletop

Kecoh seketika laman sosial apabila pelakon Fattah Amin enggan muncul di rancangan Meletop yang dikendalikan oleh Neelofa baru-baru ini. Menerusi muatnaik oleh pengandali laman sosial rancnagan berkenaan, Fattah berundur di saat akhir kerana hal yang tidak dapat dielakkan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, pengurus Neelofa turut menyatakan rasa tidak puas hati melalui Insta Stories selain memohon agar individu yang dimaksudkannya untuk lebih professional.

Malah warga laman sosial dalam masa yang sama turut menyatakan rasa tidak puas hati kepada Fattah. Hal ini terjadi kerana Fattah sendiri sudah berada di lokasi namun enggan muncul untuk ditemuramah oleh Neelofa.

Ada yang menyifatkan Fattah masih belum move on dan pertelingkahan di antara peminat turut berlaku di ruangan komen Instagram milik selebriti yang terlibat. Kadang-kadang mengjengkelkan juga baca komen-komen yang terlalu taksub dengan artis kesayangan masing-masing.

Jujurnya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Hendak elak sampai bila? Industri hiburan pun seluas kangkang kera saja, pusing-pusing jumpa muka sama juga. Mungkin juga Fattah mempunyai alasan kukuh untuk menarik diri di saat akhir. 

Ini Punca Sebenar Fattah Amin Tidak Muncul Dalam Program MELETOP Yg Dihoskan Neelofa Walaupun sudah Berada Di belakang Pentas Semalam...

Ini Punca Sebenar Fattah Amin Tidak Muncul Dalam Program MELETOP Yg Dihoskan Neelofa Walaupun sudah Berada Di belakang Pentas Semalam...

Kecoh semalam apabila Fattah Amin membuatkan netizen mengamuk kerana tidak muncul pada saat akhir di rancangan MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad untuk mempromosikan drama My Coffee Prince sedangkan beliau sudah siap sedia di belakang pentas.  

Meskipun Fattah belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu panas ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menerusi portal mStar Online mengesahkan Fattah sememangya sudah berada di belakang pentas tetapi terpaksa pulang kerana ada hal kecemasan.

Semalam, pengurus Neelofa juga ada memuat naik kenyataan berbaur sindiran terhadap seseorang yang disifatkan tidak profesional dan “demand”.


Saat ini, peminat hanya ingin mendengar penjelasan lanjut dari Fattah sendiri. Harapnya Fattah janganlah berdiam diri dan membiarkan pelbagai spekulasi liar terus timbul.

Kecoh Fattah Enggan Muncul Dalam ‘Meletop’ Dihoskan Oleh Neelofa

Kecoh Fattah Enggan Muncul Dalam ‘Meletop’ Dihoskan Oleh Neelofa

Seorang peminat iaitu Aqoimran sempat merakamkan gambar Fattah bersama pihak produksi ketika di belakang pentas program siaran langsung Meletop.

NAMA pelakon Fattah Amin sekali lagi menjadi bualan hangat pada malam Selasa apabila dia dikatakan enggan muncul dalam program Meletop yang dihoskan bekas kekasihnya, Neelofa dan pengacara Nabil Ahmad.

Pihak produksi yang telah membuat pengumuman awal akan kemunculan Fattah dalam rancangan itu bagaimanapun melakukan permohonan maaf ketika rancangan berkenaan sedang keudara dengan alasan Fattah tidak dapat hadir.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Suasana di belakang pentas ketika pihak produksi berbincang dengan Fattah Amin akan kemunculannya sambil diperhatikan Fahrin Ahmad. Foto:Aqoimran.

Dalam pada itu pengurus Neelofa pula dalam laman ‘Instastory’ miliknya berkongsi tulisan berbaur sindiran apabila menganggap seseorang itu tidak profesional apabila sudah tiba namun terus pulang.

Tanpa menyebut siapakah individu itu namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Insiden itu menyebabkan ramai peminat menghentam Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 27, yang dikatakan tidak bersikap profesional dan tidak mahu bertemu dengan Neelofa.

“Fattah sangat tidak profesional. Dia seorang yang penakut. Patutlah tak ada jodoh dengan Lofa. Tak tahan la tu nak hadap muka Lofa.

“Memang dia tak move on dan tak profesional langsung. Buat tambah fitnah dekat Lofa saja. Sekarang semua boleh lihat, siapa yang tak profesional.

“Sebenarnya Fattah yang takut nak jumpa Neelofa,” komen beberapa orang netizen di laman Instagram program tersebut.

Meletop disiarkan setiap Selasa, pukul 9 malam.


Neelofa
Fattah dikatakan sudah bersiap sedia berada di belakang pentas untuk muncul dalam program tersebut namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Situasi itu berjaya dirakamkan peminat yang berada dalam studio untuk menyaksikan rancangan itu.

Dalam pada itu Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad ketika dihubungi mStar Online memberi komen ringkas dengan berkata, Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia ada hal kecemasan dan perlu bergegas pulang.

Terdahulu Fattah pernah dikecam tidak hadir ke program itu pada Mei lalu.

Namun dia memberi alasan tidak menerima sebarang arahan untuk menjadi tetamu pada malam berkenaan.

Pada bulan Jun lalu, Neelofa pula dikecam netizen yang menganggap dia tidak profesional untuk bertentang mata dengan tetamu episod itu, Fattah Amin dan Fazura apabila mengambil pendekatan tidak menjadi pengacara pada malam itu.


Sumber : mstar Online