Ya!! Memang Izreen Azmin isteri kedua saya - Ude
KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung status aktres popular, Izreen Azminda, 32, akhirnya terjawab apabila pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, mengakui dramatis itu adalah isteri keduanya.
Muhammad Radzi atau Ude berkata, dia dan Izreen berkahwin pada 8 Ogos lalu di sebuah lokasi dirahsiakan.
"Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.
"Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan bersama Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan," katanya yang mengulas kenyataan seorang wanita tampil melakukan pengakuan rela bermadu dengan seorang dramatis popular.
Rentetan tercetus isu berkenaan, nama Izreen dikaitkan sebagai isteri kedua pemuzik berkenaan.
"Wanita yang tampil membuat pengakuan itu ialah isteri pertama saya.
"Saya dan Intan Liana Saleh, 32, mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu. Kami memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan," katanya.
Mengulas dakwaan mengatakan rumahtangga bersama isteri pertama berantakan selepas berkahwin secara sembunyi dengan Izreen, Ude menafikannya.
"Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.
"Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.
"Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.
"Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain," katanya ketika ditemui, malam tadi.
Ude berkata, dia mohon pihak media juga tidak mengganggu privasi keluarganya.
"Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.
"Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga," katanya.
No comments:
Post a Comment