Thursday, November 30, 2017

Berita Sedih Buat Peminat Janna Nick,,Di Harap Peminat Janna Nick Dapat Menerima Berita Sedih Ini..

Berita Sedih Buat Peminat Janna Nick,,Di Harap Peminat Janna Nick Dapat Menerima Berita Sedih Ini..

PELAKON Janna Nick menjadi mangsa terbaharu pihak tidak bertanggungjawab apabila laman sosial Instagram peribadinya digodam sejak petang Khamis.

Janna, 22, memberitahu akaunnya itu tidak boleh diakses selain foto dimuat naik dan profil yang diikutinya hilang secara tiba-tiba.

"Akaun Instagram saya tidak dapat diakses pada petang semalam (Khamis) dan dipercayai digodam.
"Sedih apabila gambar-gambar yang ada hilang kerana di situ laman saya berkongsi banyak perkara dengan peminat.

"Sekarang ini, saya dalam usaha untuk mendapatkan semula akaun tersebut," katanya kepada mStar Online.


Foto terbaharu yang dimuat naik penggodam di laman Instagram @jannanick.
Sehingga kini, akaun yang memiliki lebih tiga juta pengikut itu masih belum pulih.
Malah, hanya ada sekeping foto yang dimuat naik dengan kapsyen "aku yang dulu bukanlah yang sekarang".

Rata-rata pengikut meninggalkan komen meminta penggodam memulangkan semula akaun tersebut kepada pelakon My Coffee Prince itu.
"Ya hack IG orang! Dahla Janna ramai followers. Kesian Janna, pulangkan balik akaun IG dia!!," tulis @hansrahyun_terrel.
"Tolong pulangkan semula IG Janna ini, kasihan dekat dia," kata @Shumi1990.


Lagu dan muzik video Akan Bercinta bakal dilancarkan di laman Youtube malam ini.
Sementara itu, Janna memaklumkan muzik video lagu terbaharunya berjudul Akan Bercinta bakal dilancarkan di laman YouTube malam ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza itu boleh ditonton menerusi saluran YouTube Janna Nick.
"Lagu dan muzik video akan dilancarkan pada pukul 9 malam ini di Youtube.

"Banyak sangat yang istimewa tentang Akan Bercinta ini, kena tonton dan lihat sendiri keunikan lagu dan keindahan muzik video tersebut.
"Memandangkan Instagram saya sudah digodam, nampaknya saya tak boleh nak kongsi bersama pengikut di laman tersebut," ujarnya.

Sumber : mstar

“Mungkin Saya Yang Tak Pandai Jaga Suami”- Madu izreen Azminda

“Mungkin Saya Yang Tak Pandai Jaga Suami”- Madu izreen Azminda

Cukup sukar kami membayangkan apa yang dirasakan oleh isteri tercinta apabila terpaksa berkongsi kasih dengan madu. Mengakui bahawa suaminya seorang yang sangat baik, isteri pertama kepada suami Izreen Azminda iaitu Intan Liana redha dengan situasi tersebut.

Mengakui sukar menerima kenyataan bahawa suaminya sudah berkahwin dengan pelakon wanita berkenaan, Intan akhirnya redha dan meluahkan serba sedikit perasaannya sebagai isteri melalui satu sesi temubual secara live di Facebook oleh Utusan Malaysia.

“Saya tak sangka sebab saya percaya suami 100 peratus. Saya trust dia habis-habis tapi bila saya dapat tahu tiba-tiba dia kahwin so saya terimalah. Salah saya. Mungkin salah saya, ada silap saya”

“Mungkin saya tak pandai jaga suami saya, itu je. Mungkin saya tak pandai jaga suami, mungkin benda ni jadilah,” katanya. Boleh tahan sebak juga mendengar sendiri perkara sedemikian keluar dari mulut Intan.

Tambah Intan, mengenali suaminya, Ude, dia yakin bahawa suaminya akan berlaku adil dan bagi Intan, dia akan terus mempertahankan rumahtangganya selain memberikan fokus sepenuhnya buat keluarga.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ude mengakui dia dan Izreen sudah pun bernikah pada 8 Ogos lalu dan akan mengadakan doa selamat pada minggu hadapan selain akan menjelaskan situasi sebenarnya.

Selain itu, di atas rasa sayang pada keluarga, Intan yang redha dengan situasi tersebut tidak menolak kemungkinan dia dan Izreen mungkin boleh menjadi kawan di masa hadapan.

Ude dan Intan sudah mendirikan rumahtangga selama 4 tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Semoga Intan terus tabah dalam menghadapi hari mendatang

Sumber : rotikaya

“ENTAH-ENTAH CACAT TAK BOLEH BERCAKAP” SEBAB TU AMYRA DAN AMAR TAK TUNJUK MUKA ANAK..NETIZEN

“ENTAH-ENTAH CACAT TAK BOLEH BERCAKAP” SEBAB TU AMYRA DAN AMAR TAK TUNJUK MUKA ANAK..NETIZEN

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pasangan pelakon popular tanah air yang melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia. Berbeza pula dengan pasangan gandingan drama Suamiku Encik Sotong ini yang bukan merahsiakan perkahwinan, tetapi dikatakan merahsiakan segala hal berkaitan anak mereka sehinggakan ada pihak yang tidak senang duduk. Eh kenapa tak senang duduk pulak ni?

Seperti semua sedia maklum, pasangan pelakon serasi Amyra Rosli dan Amar Baharin telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri pada 11 November 2016. Majlis perkahwinan kedua mempelai yang bagaikan putera dan puteri menjadi perbualan hangat netizen pada waktu itu.


Setelah hampir setahun berumah tangga,Amyra dan Amar dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada tanggal 15 Oktober yang lalu, lapor Media Hiburan. Amyra selamat melahirkan anak lelaki mereka secara normal walaupun bayi tersebut dikatakan lahir lebih awal dari jangkaan.

Sudah seakan-akan menjadi trend dalam kalangan pasangan artis di Malaysia, Amyra dan Amar juga tidak ketinggalan untuk mewujudkan akaun laman sosial kepada bayi mereka. Laman Instagramyang didaftarkan di bawah nama@amyramarjr itu kini sudah memiliki lebih 101,000 followers. Wah, ramainya pengikut!

Sumber: Instagram

Sumber: Instagram

Pun begitu, Amyra dan Amar menjadi satu-satunya pasangan yang sehingga kini masih belum mendedahkan nama serta muka cahaya mata merekawalaupun sudah 40 hari dilahirkan. Ramai peminat yang tertunggu-tunggu untuk melihat wajah comel anak mereka, namun ada sebilangan netizen yang mungkin kurang sabar hingga menuduh mereka yang bukan-bukan.





Sumber: Media Hiburan

Seringkali memuat naik gambar anak mereka dari pandangan sisi, ada yang menuduh bahawa pasangan tersebut mungkin tidak mahu mendedahkan anak mereka kepada awam dan membuat tekaan bahawa anak mereka itu cacat. Eh, jahatnya mulut! Bayi tu tak bersalah pun!

Ya!! Memang Izreen Azmin isteri kedua saya - Ude

Ya!! Memang Izreen Azmin isteri kedua saya - Ude

KUALA LUMPUR: Teka-teki berhubung status aktres popular, Izreen Azminda, 32, akhirnya terjawab apabila pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 29, mengakui dramatis itu adalah isteri keduanya.

Muhammad Radzi atau Ude berkata, dia dan Izreen berkahwin pada 8 Ogos lalu di sebuah lokasi dirahsiakan.

"Ya, kami sudah bergelar suami isteri sejak lebih dua bulan lalu.

"Buat masa ini, saya tidak akan memberikan kenyataan berhubung pernikahan bersama Izreen. Sebaliknya, ia hanya akan dikongsi pada majlis doa selamat yang dirancang pada minggu hadapan," katanya yang mengulas kenyataan seorang wanita tampil melakukan pengakuan rela bermadu dengan seorang dramatis popular.

Rentetan tercetus isu berkenaan, nama Izreen dikaitkan sebagai isteri kedua pemuzik berkenaan.

"Wanita yang tampil membuat pengakuan itu ialah isteri pertama saya.

"Saya dan Intan Liana Saleh, 32, mendirikan rumah tangga sejak empat tahun lalu. Kami memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 11 bulan," katanya.

Mengulas dakwaan mengatakan rumahtangga bersama isteri pertama berantakan selepas berkahwin secara sembunyi dengan Izreen, Ude menafikannya.

"Banyak spekulasi yang timbul apabila isteri pertama memberi kenyataan, hari ini.

"Saya mohon hentikan kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

"Saya mengharapkan pihak luar tidak mencampuri urusan rumah tangga saya. Intan dan Izreen adalah isteri saya.

"Saya menjadi ketua keluarga, jadi beri peluang untuk saya menguruskan dua isteri dan anak-anak saya. Doakan kehidupan kami bahagia seperti pasangan lain," katanya ketika ditemui, malam tadi.

Ude berkata, dia mohon pihak media juga tidak mengganggu privasi keluarganya.

"Apa saja kenyataan biarlah saya menjawabnya. Jangan sentuh emosi dan menyalahkan Izreen atas takdir jodoh kami.

"Sebagai suami, saya sedaya upaya mahu menjaga hati kedua-dua isteri demi keharmonian rumah tangga," katanya.