Friday, December 8, 2017

Tahniah!! Dengan Sekali Lafaz Tauke Jambu Sah Bergelar Suami Kepada Nadia Buat Kali Ke Empat Perkahawinan Beliau

Tahniah!! Dengan Sekali Lafaz Tauke Jambu Sah Bergelar Suami Kepada Nadia Buat Kali Ke Empat Perkahawinan Beliau

Doakan Perkahwinan Keempat Tauke (Jambu) Kekal Akhir Hayat

SHAH ALAM: Selepas lima tahun menduda, pelawak Tauke (Jambu) akhirnya sah bergelar suami kepada Nadia Mohd Effendi dengan sekali lafaz pada pagi Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan De' Laman Event Space, di sini pada pukul 11.55 pagi.

Tauke atau nama sebenar Zamratul Amri Zakaria, 40, dinikahkan oleh Imam dan jurunikah Masjid Al I'itisam, TTDI Jaya, Mohd Fairus Shuaib yang mewakili bapa pengantin perempuan Mohd Effendi Mamat.

Tauke selamat bergelar suami dengan sekali lafaz.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat bagi pelawak berkenaan dan mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Majlis itu juga menyaksikan Tauke menyerahkan RM300 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran sebanyak RM30,000.

Pengantin perempuan turut menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang oleh pihak lelaki.

Pengantin perempuan, Nadia Mohd Effendi.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Sementara itu, pasangan berkenaan ketika ditemui meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahan yang dirancang berjalan lancar serta berdoa agar perkahwinan kali ini kekal sepanjang hayat.

Tauke dan Nadia, 28, mengikat tali pertunangan pada Disember 2015.

Pasangan ini akan diraikan dalam majlis resepsi yang berlangsung pada malam Sabtu di lokasi yang sama

Sumber : Mstar

No comments:

Post a Comment