Wednesday, December 6, 2017

Dikecam Teruk Dira Puteri Umno, Ini Respon Paling 'WIN" Fathia latiff Buat Dira

Dikecam Teruk Dira Puteri Umno, Ini Respon Paling 'WIN" Fathia  latiff Buat Dira

Semalam viral di media sosial apabila Khaidhirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira menyelar tindakan pelakon Fathia Latiff yang sering menyuarakan hal isu politik semasa menerusi akaun Twitternya.

Menurut Dira, Fathia sepatutnya turun padang untuk mengetahui isu politik, bukannya hanya bermain telefon. Namun, Fathia membalas balik kenyataan yang dibuat oleh Dira Abu Zahar. Baginya, itu adalah hak individu itu sendiri.

Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang. Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu.

Menerusi ucapan Dira di dewan PWTC, dia menyuruh agar Fathia betulkan hidupnya dahulu sebelum masuk campur hal kerajaan. Ucapannya itu mendapat pelbagai respon orang ramai yang ada setuju dan tidak. Walau bagaimanapun, Fathia kelihatan tenang membalas kembali kritikan itu di laman twitternya.

No comments:

Post a Comment